Bagaimana Wang Bekerja Untuk Kita?

Satu ketika dulu , saya memulakan kehidupan saya sebagai seorang pekerja dan dalam masa yang sama saya berniaga untuk mencari duit tambahan. Matlamat saya kerja siang dan malam adalah duit, mencarinya untuk keperluan dan kesenangan. Saya bergelut untuk menjimatkan beberapa ringgit untuk disimpan. Mencari duit tambahan dengan membuat kerja lebih masa. Hidup saya selesa, tapi masih perlu berhati-hati.

Namun tahun 1997 mengubah segalanya , syarikat saya bekerja memberhentikan ramai pekerja , tidak tahan dengan tekanan di tempat kerja saya berhenti kerja , realiti datang seperti tsunami , saya dikelilingi hutang yang tidak mampu dibayar , kad kredit , hutang kereta , motor besar dan hutang rumah menjadikan saya lebih tertekan. Alhamdulillah , satu hari saya diberi peluang untuk memulakan kehidupan yang baru dan saya semakin kuat bekerja untuk orang lain.

Sadarkah kita, sebenarnya ramai yang bekerja untuk orang lain bukan untuk dirinya sendiri. Pertama kita bekerja untuk syarikat tempat kita bekerja. Kedua kita bekerja dan dapat duit gaji untuk membayar kepada kerajaan melalui pelbagai bentuk cukai dan akhirnya kita bekerja untuk bayar hutang dengan bank. Begitulah ianya berputar setiap hari, minggu, bulan dan tahun.

Selepas krisis matawang Asia tahun 1997 , saya sedar duit perlu bekerja untuk saya bukan saya bekerja untuk mendapatkan duit. Mulai itu persepsi saya tentang duit mula berubah, matlamat dan cara saya berfikir turut bertukar. Saya bekerja untuk melabur, berniaga dan mencari jalan bagaimana hamba baru (sekumpulan duit ) saya boleh bekerja untuk saya mencari lebih banyak duit.

Saya menjual semua yang saya ada dan mulakan kehidupan baru saya tanpa hutang. Saya merantau mencuba nasib baru dan pergi ke US selama hampir 2 tahun. Ketika disana banyak saya belajar erti kehidupan. Kebetulan saya baru berumur 27 tahun ketika itu, saya mula dari 0 semula. Saya jual semua aset dan apa yang saya ada untuk melunaskan semua hutang. Saya mulakan kehidupan yang sederhana dengan kepercayaan “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.Saya fokus dengan apa yang saya impikan.

Dulunya, saya kurang percaya dengan diri saya. Perkara yang negatif sering bermain dikepala saya sebelum saya mencuba sesuatu. Saya sangat takut untuk menyebut “saya mahu kaya”, saya takut dengan ketakutan yang dicipta sendiri. Saya takut untuk gagal, saya takut untuk kecewa menyebabkan saya kurang mencuba sesuatu yang baru. Rupanya setiap perkataan itu adalah doa, menyebabkan jika saya sudah berkata saya tidak boleh Berjaya. Akhirnya saya tidak akan Berjaya atau kejayaan yang diperolehi tidaklah terlalu cemerlang.

Saya membetulkan sedikit demi sedikit paksi matlamat saya dalam perniagaan memberi saya peluang untuk faham bagaimana menjana duit menjadi duit lebih banyak. Perkara pertama apa yang kita harus lakukan adalah percaya dengan tindakan kita , jangan mudah putus ada. Kita perlu menukar persepsi negatif kita tentang duit. Kadang-kadang saya hairan, ada yang berkata pada saya yang mereka tidak berminat untuk menjadi kaya tetapi dalam masa yang sama mereka bekerja lebih 8 jam sehari dan bertungkus lumus mencarinya.

Tukar cara pemikiran dengan menyatakan “saya adalah seorang yang kaya dan berjaya”. Tanamkan dalam minda duit itu penting, duit adalah kuasa.

Saya punya ramai kenalan, mereka dari pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang bergelar Tan Sri, dato’, professor hinggalah yang pekerja sebagai buruh, ada diantara mereka yang jutawan hinggalah mereka yang gajinya hanya cukup makan. Saya melihat depan mata saya, mereka yang banyak duit yang sebenarnya banyak membantu dan menderma bukan disebabkan mereka banyak duit tetapi mereka percaya lebih banyak memberi, lebih banyak mereka menerima. Dari Bill gate pemilik Microsoft hingga ke Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mereka mencari duit untuk memberi dan membantu ramai orang.

Saya cuba memberi contoh supaya anda tidak lagi mempertikaikan duit itu boleh membawa kesenangan dan bukan semata-mata membawa kehancuran dan malapetaka.Budak kecil kuasa imajinasinya tinggi, cita-citanya tinggi sehingga anak-anak kita boleh percaya satu hari nanti dia boleh jadi superhero seperti superman. Kuasa pemikiran kita tidak dapat dinilai kekuatannya dan tiada had. Kepercayaan pada diri sendiri akan membawa kepada kejayaan hakiki.

Robert Kiyosaki seorang pelabur hartanah dan penulis terkenal ada menyebut bahawa “orang miskin dan kelas menengah bekerja untuk duit. Orang kaya mempunyai duit yang bekerja untuk mereka”.

Pelajaran pertama saya belajar dengan arwah ayah saya tentang berniaga adalah perlu berani mencuba. Satu ketika semasa kecil, saya mahukan mainan seperti patung askar, gasing dan basikal. Saya minta pada ayah saya, dia menjawab “cari lah duit”. Soalan saya mudah, bagaimana nak cari duit? , jawapan nya juga ringkas “gunakan akal fikiran”.

Mendengar jawaban seperti itu , berhari-hari saya dalam kemurungan, tetapi akal saya mula berfikir bagaimana mencari duit. Saya bekerja ikut ayah, dapat gaji. Saya jual buah jambu , nasi lemak dan kuih di sekolah, kumpul tin kosong dan beberapa perkara lain untuk mendapatkan duit. Saya mudah mendapatkan duit dengan tanpa modal. Rupanya saya diajar bagaimana untuk menjana pendapatan.

Bila saya besar baru saya faham semua pelajaran tersebut dimana pentingnya menjana pendapatan dengan menggunakan akal, walaupun saya berniaga tanpa modal tetapi ayah biarkan saya bergembira dengan hasil yang saya perolehi. Kepuasan mendapat sesuatu dengan hasil titik peluh sendiri.

Saya terfikir juga, ramai yang berusaha mendapatkan duit dengan bekerja bersungguh-sungguh siang dan malam tetapi mereka masih miskin, mengapa perkara ini berlaku?.

Saya ceritakan kisah salah seorang kenalan saya satu ketika dahulu, bekerja suami isteri dengan bersama dua (2) orang anak mereka , tinggal di ibu kota Kuala Lumpur. Suami seorang jurutera yang dihormati dan isteri pula seorang guru. Mengadu pada saya bagaimana mencari penyelesaian keluar dari masalah kewangan mereka. Jika dihitung dengan betul,setelah membayar semua hutang rumah , kereta, kad kredit dan semua yang lain lebihan pendapatan mereka hanyalah RM300 sebulan. Mereka menggunakan lima (5) kad kredit dengan alasan digunakan untuk kerja. Saya termenung memikirkan masalah mereka.

Mereka bangun tidur, kerja, bayar hutang dan diulang semula setiap hari, mereka terperangkap dalam jerat hutang. Korang tidak rasa penat ke?, bekerja setiap hari dari pagi hingga ke malam, berusaha, berfikir, dimarahi pelanggan, ditegur bos…tapi… hampir semua duit pendapatan diberi pada bank untuk bayar hutang dan diulang semula bulan berikutnya. Sepatunya korang bayar diri korang terlebih dahulu dengan menabung sebelum membayar hutang.

Ramai yang meletakkan harga pada dirinya. Mereka berbuat demikian kerana dua perkaran ini, iaitu takut dan tamak. Permulaannya mereka takut tidak memiliki wang dengan berkerja keras untuk memilikinya. Setelah mereka bekerja keras dan mendapat gaji, mereka terbayang-bayang barangan dan kemewahan yang boleh dibeli dengan wang. mereka mula tamak utk mendapat banyak wang. wang itu sebenarnya akhirnya dibelanjakan juga dan habis. Akhirnya satu corak kehidupan baru terbentuk dengan “orang bekerja untuk wang”. Jangan terperangkap dengan corak kehidupan begini, belajarlah bagaimana wang boleh bekerja untuk korang bukan sebaliknya.

Dulu saya berpikiran sempit, selalu saya takut dengan apa yang saya impikan. Rupanya bila saya takut untuk bercita-cita besar saya semakin jauh dengan impian saya. Semua perkara yang saya impikan menjadi sukar dan susah untuk saya dapat. Menyebabkan saya akan terlalu kecewa jika saya tidak mencapai apa yang saya inginkan.

Pada masa itu, saya hanya percaya logik biasa. Sebagai seorang anak muda yang baru grad misalnya cukuplah bergaji lima ribu, cukuplah sebuah kereta, cukuplah kalau boleh bernikah. Saya tidak terfikir dan mungkin boleh pengsan jika diberikan impian yang terlalu besar, contohnya “Aku boleh bergaji 30 ribu sebulan , menjadi seorang jutawan , memakai kereta Mercedes dan membeli rumah bernilai jutaan ringgit”. Walaupun pada masa ketika saya berumur 22 , saya telah ada pengusahaan dan perniagaan sendiri, namun menjadi orang biasa-biasa. Korang juga begitu… lalu saya menghampiri kegagalan disebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri.

Jika hanya bersandarkan keyakinan pada diri sendiri itu namanya takabur… tetapi jika kita percaya dengan diri sendiri dan yakin dengan kekuasaan Allah itu namanya iman. Saya mula bergerak mempercayai dan berimpikan perkara yang besar-besar. Rupanya jika keyakinan pada Allah bertambah dan percaya semua nya datang dariNYA semua perkara yang susah dan mustahil tadi menjadi senang dan mudah.

Saya beri contoh , ketika saya masih muda dan baru bekerja, Saya mengimpikan untuk menghantar kedua orang tua saya ke mekkah menunaikan umrah dan haji. Saya fikir pada mulanya ianya satu perkara yang sukar, duit belanja dan pelbagai kos diperlukan untuk menghantar mereka.

Saya menukar impian, saya berdoa dan berusaha, Allah tunaikan hajat saya hanya dalam tempoh 3 bulan , secara tiba-tiba rezeki saya berlempah ruah, saya beserta abang-abang dapat menghantar kedua ibu bapa kami menunaikan umrah pada awal tahun dan pada akhir tahunnya pun dapat menghantar mereka menunaikan fardhu haji dalam tahun yang sama.

Impian saya menjadi kenyataan kerana usaha, berserah, doa dan bersyukur atas pemberiannya, ulang dan terus ulang ritual ini sehingga korang dapat capai impian korang. Saya dan semua orang perlu mempunyai cita-cita untuk menjadi kaya raya. Ramai orang yang saya jumpa tidak mempunyai cita-cita yang besar.

Mereka yang tidak mahu kaya adalah seorang yang ego dan pentingkan diri sendiri. Mereka hanya mementingkan dirinya sahaja, tidak memikirkan orang lain ke sekolah atau tidak, makan ke tidak dan seterusnya.. Jika dia makan, bagaimana jiran nya?, jika anaknya belajar, berapa ramai orang yang tidak mampu lagi utk belajar. Apa salahnya anda bercita-cita untuk memberi seramai orang belajar dengan memberi biasiswa kepada mereka.

Orang biasa akan berfikir bagaimana untuk mendapatkan penajaan tetapi orang yang berjaya berfikir bagaimana untuk boleh memberi penajaan dan biasiswa. Orang biasa fikir bagaimana nak dapat perkhidmatan hospital percuma, orang yang berjaya berfikir bagaimana mahu membina hospital untuk diberi percuma kepada seramai mungkin..dan seterusnya.

Saya selalu terfikir, saya memakai kereta, bagaimana boleh keluarga saya juga punya kereta , sahabat saya punya kereta dan bagaimana boleh saya boleh membantu mereka memiliki kereta. Saya mengimpikan untuk kaya dan saya mahu kayakan seramai orang yang saya boleh, saya bersekolah, saya mahu sekolahkan seramai orang yang boleh….kenapa? tidak percaya?…saya percaya pada diri dan kebolehan saya dan anda boleh melakukanya. Jangan terlalu asyik melihat dan bercakap tentang kejayaan orang lain sehingga lupa diri anda juga mampu Berjaya.

Hari ini saya sebagai pengasas kepada urusinsan , komuniti celik kewangan yang mempunyai lebih dua ribu (2000) ahli di serata dunia telah berjaya mengubah kehidupan ribuan keluarga dari tidak boleh menyimpan kepada boleh menyimpan dari tiada harta kepada hartawan. Ini hanya sebahagian kecil dari sumbangan serta impian saya untuk masyarakat umumnya dan ummah khasnya.

Jadinya bagaimana?.

Anda perlu berkorban, mengubah tabiat dan berhijrah dari sekarang … sekarang .. sekarang …ya sekarang. Mulakan dengan yang usaha kecil dan apa yang boleh di buat dahulu , tidak perlu modal yang besar. Makan gaji pun boleh jadi kaya dan berjaya jika mengamalkan formula yang betul. Tidak hanya dengan berniaga.

Setiap orang mempunyai 5 modal yang boleh digunakan segera.

1. Masa
2. Tenaga
3. Pengetahuan / kemahiran sedia ada
4.Emosi
5.Sedikit wang

Mulakan langkah dengan mencari Ilmu , berilah peluang kepada diri sendiri untuk berubah menjadi lebih baik dari segi kewangan. Dapat sesuatu? Nak ilmu yang lebih?

Nak buku Forensik Kewangan atau Koleksi Video 7 Cara dan Kaedah Melangsaikan Hutang dan Tambah Harta Dengan Cepat Menggunakan Apa Yang Ada Di Tangan ?

Bertindak sekarang !!

Sila KLIK butang dibawah , cepat , selagi stok masih ada.