13 Aktiviti Manfaat Di Rumah Semasa Covid-19

Berikut adalah 13 aktiviti bermanfaat yang boleh di lakukan di rumah ketika perintah pengawalan pergerakan sedang dilaksanakan oleh kerajaan sempena wabah COVID19.

 

1. Buat jadual waktu aktiviti

Bincang dengan ahli keluarga apa aktiviti yang hendak dilakukan di rumah , buat jadual waktu beserta tugasan & tanggungjawab supaya tidak membuang masa dan terasa bosan. Biarpun duduk rumah tapi masih perlu berstruktur supaya ada aktiviti penting tidak terganggu terutama jika bekerja dari rumah.

 

2. Spring Cleaning

Dulu alasan sibuk sering digunakan untuk tidak membersihkan rumah & kawasan sekitarnya. Ini masanya untuk buat senarai apa yang diperlukan & apa yang boleh disedekahkan atau di buang. Untuk rezeki baru masuk ke dalam rumah , terlebih dahulu rumah perlu di lapangkan.

 

3. Aktiviti psikologi bersama pasangan anak-anak

Bagi yang berkeluarga , inilah masanya untuk berbincang / berborak / bercerita / bermesra / bermaian / mengambil tahu hal berkaitan anak-anak & pasangan. Perkara uang lebih penting berkaitan kewangan keluarga , pendidikan , keagamaan dan pelbagai lagi topik yang dianggap penting untuk dibincangkan. Masa untuk alihkan perhatian anak dari gajet kepada anda (ibu bapa) .Biar mereka bermain menggunakan imaginasi bukan dengan gajet. Terangkan dengan jelas kepada anak-anak apa yang sedang berlaku.

 

4. Solat berjemaah / aktiviti keagamaan / spiritual bersama.

Jika sebelum ini kebanyakan keluar pagi & pulang malam mencari rezeki , aktiviti keagamaan atau spiritual jarang dapat dilakukan bersama. Bila lagi nak tunjukkan skill menjadi imam pada anak & isteri , takan nak jadi makmum di surau & masjid jer kan, Selain itu , ini adalah masa terbaik untuk mengasabah diri serta memohon keampunan dan taubat dari Allah (tuhan).

 

5. Menyusun semula kewangan diri & keluarga

Inilah masa terbaik untuk mengambil tahu secara terperinci kedudukan kewangan diri atau keluarga. Bawalah berbincang bersama pasangan untuk mencari maklumat lengkap kewangan anda. Sila muat turun borang analisa kewangan yang di sediakan ( lihat komen pertama ) sebagai panduan ( sila ubah mana yang perlu). Senaraikan strategi yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan kewangan diri & keluarga (beri keutamaan kepada bagaimana untuk mencapai matlamat kewangan anda cara melangsaikan hutang & menambah harta dengan cepat)

 

6. Buat kerja rumah , masak & makan bersama

Libatkan semua ahli keluarga , kalau dirumah bujang semua penyewa rumah untuk buat kerja rumah , masak & makan bersama. Latihan ini adalah untuk membentuk sahsiah diri supaya ada perasaan rendah diri terutama anak-anak , ajar anak bagaimana nak cuci tandas & longkang di sekeliling rumah jika ada.

 

7. Jana Pendapatan dari rumah

Selama ini mungkin pernah terfikir untuk menambah pendapatan sampingan mahupun ingin memulakan sesuatu pernigaan dari rumah. Inilah masa yang sesuai untuk memulakan usaha tersebut. Lakukan kajian , soroti pasaran dan dapatkan pandangan atau panduan dari yang telah berjaya. Saya kongsikan bagaimana cara untuk buat duit dari rumah. Sila klik yang disertakan pada komen pertama

 

8. Merapatkan silaturahim.

Hari ini kita didukung dengan pelbagai teknologi komunikasi yang serba canggih. Tiada isu untuk berhubung dengan rakan taulan serta sahabat handai. Ada aplikasi What’sapp , facetime , socmed , telegram dan sebagainya. Hubungi mereka dan bertanya khabar / catch up dengan mereka.

 

9. Tambah Ilmu & Kemahiran.

Hari ini kita boleh dapat pelbagai ilmu pengetahuan dari pelbagai bidang melalui buku , ebook , video , e-learning dan pelbagai lagi platform dalam talian. Semuanya boleh diperolehi hanya di hujung jari kita. Ada yang percuma dan yang berbayar. Ilmu-ilmu ini boleh digunakan atau diimplementasikan setelah tamatnya tempoh kawalan pergerakan ini kelak. Siapa yang lebih bersedia maka lebih manfaat baginya.

 

10. Bekerja dari rumah

Ada syarikat yang membenarkan pekerjanya bekerja dari rumah. Buat jadual supaya boleh mengimbangi antara waktu kerja dengan waktu bersama keluarga. Kunci diri dalam bilik supaya tidak diganggu. Ikut jadual yang telah dibuat.

 

11. Ikuti perkembangan Covid-19

Hadkan masa di socmed , ikuti saluran yang sah sahaja. Jangan terlalu obses sehingga tidak dapat buat kerja lain semasa di rumah. Ikuti arahan pihak berwajib dari masa ke semasa. Elak dari menyebarkan berita yang tidak sahih dan menjadi keyboard warrior atau mempunyai sikap “holier than thou” atau berlagak lebih suci dari orang lain di socmed.

 

12. Senaman ringkas

Jangan banyak tidur. Lakukan senaman ringkas setiap 3 jam selama 10 min. Ini bagi memastikan kita kekal cergas dan sihat.Pantau makan , elak dari terlalu kerap dari memesan makanan di kedai. Masak makan sendiri lebih jimat dan menyihatkan.

 

13. Manfaatkan socmed

Tambah kenalan atau personaliti tertentu di socmed terutama yang berkongsi Ilmu pengetahuan. Pelajari sesuatu dari mereka. Manfaatkan kegunaan socmed dengan lebih berkesan. Hadkan masa di socmed , ikuti individu atau personaliti yang berfaedah sahaja.

Ada banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan di rumah , ini hanya secebis ringkasan yang saya kongsikan. Diharap ianya dapat membantu mengatasi kebosanan semasa berada di rumah dalam tempoh kawalan pergerakan ini.

Sentiasa berjaga-jaga dan pastikan sentiasa sihat untuk diri dan keluarga.

Innsyaállah.

 

Untuk dapatkan lebih tips kewangan sempena Covid-19 ni, boleh klik link dibawah :