Memohon Saham IPO

Seperti yang dinyatakan di dalam artikel yang lepas, proses pertama sebelum sesebuah syarikat disenarai di Bursa Malaysia adalah melalui IPO. Ia merupakan satu proses dimana pelabur awam dan institusi boleh memohon saham sebelum diniagakan di Bursa Malaysia.

Untuk pelabur awam ada 2 cara anda boleh gunakan untuk memohon IPO iaitu:

  1. Dengan mengisi borang permohonan yang mana boleh didapati di broker-broker saham terdekat apabila syarikat mula menjualnya.
  2. Melalui Elektronik Share Application (ESA) yang mana permohonan boleh dibuat melalui ATM dan Online Banking.

Gambar ehsan dari laman sesawang Bursa Malaysia

 

Sampai disini dahulu penulisan saya. Insya Allah akan saya sambungkan pada penulisan akan datang nanti.

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)

Membeli dan Menjual Saham di Bursa Malaysia

Proses membeli dan menjual saham selalunya dilakukan melalui Participant Broker. Antara broker-broker saham yang terkenal di Malaysia adalah:

  • RHB INVESTMENT BANK
  • MAYBANK INVESTMENT BANK
  • CIMB INVESTMENT BANK

Selain daripada membeli melalui broker, tugas lain mereka adalah untuk memberi bantuan dan nasihat di dalam apa yang bagus untuk dibeli dan dijual. Tetapi anda hendaklah tidak bergantung  100% kepada mereka. Saya sarankan anda juga membuat kajian anda sendiri mengenai saham-saham terbabit.

Harus diingatkan bahawa jika anda melakukan transaksi beli dan jual saham secara ONLINE kos yang terlibat lagi murah berbading secara OFFLINE. Selalunya online trading tidak ada panduan mengenai market updates tetapi selalunya di datangkan dengan life updates harga saham terbabit.

Harus diingatkan bahawa kadar brokerage yang dikenakan oleh setiap broker adalah berlainan. Harga yang selalu dikenakan oleh broker selalunya diantara 0.6% sehingga 0.1%. Kadar brokerage ini juga ditentukan oleh sama ada anda memilih untuk membuat trading secara online mahupun tidak. Ini kerana jika kadar trade melalui remisier atau dealer (manual) selalunya lebih mahal dari online trade.

Sampai disini dahulu penulisan saya. Insya Allah akan saya sambungkan pada penulisan akan datang nanti.

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)

Jenis Saham Di Bursa Malaysia

Di dalam Bursa Malaysia terdapat pelbagai jenis saham. Saham yang biasa kita beli dipanggil Ordinary Stock.  Apabila kita beli Ordinary Stock kita akan memiliki saham syarikat terbabit. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan dari keuntungan syarikat terbabit di dalam bentuk dividen. Selain itu, anda juga akan mempunyai hak mengundi apabila ada sesuatu keputusan perlu dibuat semasa Annual Grand Meting atau AGM.

Selain Ordinary Stock, terdapat istilah lain yang anda perlu jelas sebelum anda mula melabur saham. Istilah dan maksud perkataan terbabit adalah seperti dibawah:

Preferential Stock

Selalunya keutamaan akan diberikan kepada sesiapa yang memiliki Preferential Stock. Ini dapat dilihat apabila syarikat bankrap, sesiapa yang memegang saham Preferential Stock akan diberi keutamaan. Selain itu, kadang-kadang pemegang saham Preferential Stock akan menikmati dividen tetap.

Bonus Issue

Kalau sesebuah syarikat bermurah hati dan pada masa sama nak menghargai pemegang saham, selalunya dia akan bagi Bonus Issue. Pemberian ini membolehkan pemegang saham sedia ada mendapat tambahan bilangan unit saham baru tanpa membayar sebarang kos.

Right Issue

Selalunya diberikan kepada existing shareholder atau new shareholder yang berminat kepada syarikat terbabit. Harga ditawarkan pada Right Issue price selalunya lebih rendah dari market price.

Warrant

Warrant merupakan satu pilihan yang dikeluarkan oleh syarikat berdasarkan saham asal. Selalunya nilai Warrant rendah dan pada masa yang sama mempunyai tarikh matang. Warrant boleh dikatakan sebagai ‘Pre Own Stock’. Ini kerana apabila Warrant terbabit tamat, pemegang Warrant diberi pilihan untuk tukar Warrant terbabit kepada saham dengan nilai tertentu. Jika pemegang Warrant tidak tukar, dia akan rugi begitu sahaja.

Sampai disini dahulu penulisan saya. Insya Allah akan saya sambungkan pada penulisan akan datang nanti. 

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)

Guru Golongan Paling Rentan

Dari pengalaman saya (En. Zaidi Ismail) mengendalikan kes kewangan dan sesi analisa kewangan, didalam sektor awam golongan yang paling rentan adalah GURU. Mungkin disebabkan oleh keadaan ruang lingkup pekerjaannya (seperti banduan dalam penjara) golongan ini terlalu bergantung kepada rakan sekerja yang lain untuk dijadikan tauladan (role model). Bukan semua GURU tetapi ada diantaranya:

1. Tukar kereta baru yang tidak mampu apabila rakan lain tukar kereta baru, nanti takut kena kutuk dan diperli oleh rakan sejawat.

2. Ambil pembiayaan peribadi sehingga berkali-kali (overlap) kerana di syorkan oleh rakan sejawat, mudah, pantas dan tuntas sehingga lemas untuk membayarnya setelah gaji habis dipotong setiap bulan.

3. Beli rumah di kampung sebab golongan ini adalah antara yang paling kerap bertukar lokasi pekerjaan, takut takda rumah, maka beli rumah terlalu awal di kampung tanpa berpenghuni kerana dipengaruhi oleh rakan sejawat atau di momokkan oleh ahli keluarga konon nanti tidak boleh memiliki rumah sendiri tanpa disedari harta yang ingin dimiliki tapi beban yang dikumpul.

4. Menggunakan kemudahan pembiayaan perumahan LPPSA terlalu awal bukan sahaja menyebabkan kehilangan kuota pembiayaan perumahan 90% -100% untuk empat (4) buah hartanah malah kerugian dari segi nilai hartanah yang boleh dibeli.

5. Masuk skim cepat kaya dan pelbagai lagi skim mengarut yang diperkenalkan oleh rakan sejawat atau orang sekeliling yang mengambil kesempatan atas kenaifan diri seorang GURU.

Ini cuma sebahagian kecil kesilapan yang sering dilakukan oleh golongan GURU disebabkan oleh kurang pendedahan, persekitaran yang tidak menyokong (ikut apa yang orang lain terdahulu buat) dan pengaruh rakan sejawat. Situasi ini diburukkan lagi dengan ekspektasi atau harapan orang sekeliling yang kononnya GURU bergaji besar dan dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling.

Adakah anda biasa dengan situasi dan keadaan ini atau anda sendiri seorang GURU yang sedang berada di dalam situasi seperti ini? Apa yang boleh anda lakukan untuk berubah? Apa potensi kewangan anda sebagai seorang GURU?

  • Mudah untuk meningkatkan pendapatan dengan kemahiran sedia ada.
  • Mudah membina dan mengumpul harta dengan kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk anda sebagai seorang guru.
  • Mudah untuk anda bersara awal berbanding dengan penjawat awam yang lain.
  • Lebih mudah untuk melangsaikan hutang berbanding dengan mereka yang bukan penjawat awam.

Walaubagaimanapun, ini cuma sebahagian kecil dari potensi anda sebagai seorang GURU di dalam perkhidmatan awam. Anda kenal rakan atau saudara mara seorang GURU? Sila kongsikan artikel ini kepada mereka, saya mempunyai solusi khusus untuk cabaran dan masalah kewangan yang mungkin sedang mereka hadapi. Sila klik salah satu link program di bawah jika berminat untuk mengetahui solusi yang saya maksudkan.

Nota:
*Rentan = terdedah / lemah / mudah terpengaruh / diambil kesempatan (vulnerable).

Membaca Laporan Saham di Surat Khabar

Sebagai salah seorang pelabur saham di Malaysia, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai saham di dalam seksyen perniagaan di ruangan surat khabar tempatan. Selalunya maklumat-maklumat ini akan disenaraikan di dalam surat khabar iaitu:

IstilahMaksud
Year’s HighHarga tertinggi saham terbabit di dalam tempoh 52 minggu.
Year’s LowHarga terendah saham terbabit di dalam tempoh 52 minggu.
Stock CodeKod digunakan untuk mengenal pasti saham.
Stock CounterNama kaunter terbabit dan disenaraikan di Bursa Malaysia.
Cls’ng (Closing)Harga tutup bagi sesuatu kaunter bagi hari terbabit.
+/-Kenaikan atau kejatuhan sesuatu harga saham terbabit.
+/-%Kenaikan atau kejatuhan sesuatu harga saham terbabit di dalam peratus.
Lots TradedJumlah saham yang bertukar milik di Bursa Malaysia.
Day’s HighHarga paling tinggi untuk hari terbabit.
Day’s LowHarga paling rendah untuk hari terbabit.


Pada mulanya saya pasti ramai orang akan rasa susah untuk memahami tetapi jika anda berlatih membacanya selama dua minggu, saya pasti anda akan menguasainya.

Sampai disini dahulu penulisan saya. Insya Allah akan saya sambungkan pada penulisan akan datang nanti.

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)