Kenapa Kita Sukar Dapat Apa Yang Kita Nak?

Ada banyak sebab kenapa kita sukar untuk dapat apa yang kita nak atau inginkan dalam hidup , saya hanya akan fokus pada kawasan atau linkungan yang melibatkan kewangan. Perkara seperti kenapa tak dapat pasangan yang cantik atau hensem dan sado bukanlah fokus perbincangan / penulisan ini biarpun ianya berkaitan. Secara khusus kenapa kita sukar untuk berjaya atau menarik kejayaan kewangan di dalam hidup kita , saya akan bahagikan kepada beberapa perkara.

Saya berikan contoh , katakan kita berfikir untuk mempunyai pendapatan sebanyak RM10K setiap bulan, minda kita meletakkan nombor RM10K setiap bulan sebagai satu sasaran , tetapi hati dan perasaan (emosi) kita tidak tetap dengan nombor ini , hati kita meletakkan syarat atau halangan untuk mendapatkan RM10K setiap bulan , emosi kita meragui akan keupayaan diri sendiri , hati kita terdetik boleh ke aku buat ? Halal ke apa yang aku nak buat ? Apa kata orang nanti bermacam lagi keraguan di timbulkan oleh hati (emosi).

Seringkali pula tindakan yang diambil langsung tidak selari atau sama dengan apa yang di fikirkan di minda dan apa yang di tetapkan di dalam hati , seperti contoh misalnya nak tambah pendapatan RM10K setiap bulan kalau minda dan hati dah tetap tetapi tindakannya tidak sama , suka bertangguh , tindakan yang berlawanan seperti sepatutnya cari pekerjaan sampingan tetapi masa dihabiskan dengan aktiviti yang membuang masa , malas cari pekerjaan tambahan , tiada tindakan dan banyak alasan.

Sebagai contoh misalnya apakah perancangan khusus bagaimana caranya untuk menjana pendapatan RM10K setiap bulan. Apakah perincian tindakan yang akan di ambil bagi merealisasikan matlamat tersebut. Biasanya perancangan yang difikirkan amat asas seperti , “saya akan berniaga untuk jana RM10K setiap bulan , tetapi tak tahu lagi nak berniaga apa”.

Kalau nak berniaga misalnya , pelan perniagaan , bagaiamana nak berniaga ? Jenis perniagaan ? Bagaimana nak buat pemasaran? Online vs Offline ? Sumber yang diperlukan ? Jangka waktu , semuanya hanya dalam kepala sahaja tanpa sebarang perancangan bertulis , tanpa model kanvas , tanpa perincian maka gagal untuk merancang adalah seperti merancang untuk gagal.

Setiap individu mempunyai lima (5) sumber modal yang sama , cuma kapasiti sahaja yang berbeza dan ke lima-lima (5) modal ini biasanya tidak digunakan secara optimum untuk mencapai matlamat atau objektif kewangan individu yang terbabit.

  1. Modal Masa – Setiap dari kita mempunyai jumlah masa yang sama , yakni 24 jam sehari tetapi berapa ramai yang menggunakan masa mereka sebaik mungkin , ramai yang buang masa mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah atau tidak efisien sebagai contoh seperti tersangkut di jalan raya berjam-jam lamanya setiap hari atau tidur terlalu lama lebih dari 8 jam sehari.
  2. Modal Tenaga – Terutama yang berusia muda , ketika tenaga masih kuat ramai yang tidak menggunakan tenaga yang ada dengan betul , ketika muda boleh bekerja berbelas jam setiap hari tetapi sayang tenaga yang ada di sia-siakan dengan berpeleseran dan membuang masa.
  3. Ilmu ,  Pengetahuan dan Kemahiran – Setiap dari kita mempunyai Ilmu ,  pengetahuan serta kemahiran yang boleh di tawarkan kepada orang lain , ada perkara yang kita tahu dan ramai tidak tahu begitu juga sebaliknya , ianya boleh ditukarkan kepada hasil atau sebagai sumber menjana pendapatan , yang bagusnya , Ilmu , pengetahuan dan kemahiran adalah sumber ynag boleh di perolehi dengan pendidikan , ianya merupakan satu sumber boleh diperbaharui, hanya perlu belajar sahaja.
  4. Emosi (Hati & Perasaan) – Ini juga merupakan modal yang tidak digunakan sebaiknya , emosi boleh digunakan sebagai pemangkin , motivasi dan semangat untuk terus berusaha tetapi sebaliknya juga boleh berlaku jika emosi tidak tenteram , tiada azam , putus asa serta rasa hilang kepercayaan dan meragui kebolehan diri sendiri. Modal emosi bersifat dua (2) arah , ianya boleh menjadi bahan api sebagai pembakar semangat atau air yang menyejukkan dan melemahkan semangat.
  5. Wang – Tidak lengkap kalau wang tidak disebut sebagai antara modal kejayaan kewangan , tidak dinafikan wang diperlukan untuk membesarkan perniagaan atau meluaskan sesuatu usaha tetapi modal wang bukanlah faktor utama untuk memulakan sesuatu usaha , seringkali kita lihat ramai yang berjaya dari segi kewangan bermula dengan hanya menggunakan empat (4) modal yang asas tadi yakni masa , tenaga , Ilmu serta emosi yang kuat dalam memulakan sesuatu usaha. Nabi Muhammad SAW memulakan dakwah hanya dengan bermodalkan keyakinannya kepada Agama Allah. Warren Buffet bermula sebagai budak penghantar surat khabar , Mark Zukerberg bermula dengan ide yang diilhamkannya dari asrama dia belajar , senarai ini akan menjadi panjang jika diteruskan, Wang perlu tetapi bukan resepi utama kejayaan.

Kebanyakan orang membuat kesilapan ini , ramai yang rasakan mereka boleh buat sendiri , ide mereka dan mereka rasa lebih tahu dari orang lain , mengapa pula perlu ada mentor dan jurulatih , tujuan utama bukan kerana mentor atau jurulatih ini akan buat kerja untuk kita tetapi kita perlukan pengalaman dan pengetahuan mereka untuk mengurang atau mengelak kesilapan yang bakal kita lakukan kerana kurang pengalaman atau pengetahuan dalam bidang yang kita ceburi di samping memudahkan kita memulakan rangkaian (networking) dengan mereka yang mempunyai pengaruh dalam bidang yang kita ceburi.

Dengan kata lain , kita tidak berdoa dengan betul , kita selalu ambil mudah dan tidak terperinci ketika berdoa , doa kita adalah umum dan tidak spesifik dan ketika Allah memberikan rezekinya , kita rasa tidak puas hati dan tidak bersyukur kepadanya seolah-olah Allah tidak memakbulkan doa kita tetapi yang sebenarnya kita yang tidak bersyukur dengan rezeki yang kita terima selama ini. Sebagai contoh misalnya ;

Kita mohon dan berdoa kepada Allah untuk diberikan rezeki yang banyak (tanpa sebarang perincian) , adakah selama ini kita tidak diberikan kesihatan tubuh badan yang sihat (kesihatan juga satu rezeki) , adakah kita tidak diberikan rumah tangga yang harmoni (ketenangan rumah tangga juga satu rezeki) , adakah selama ini kita tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang mencukui (mempunyai pekerjaan juga satu rezeki)

Sebenarnya kita tidak tahu apa yang kita inginkan secara terperinci , doa kita terlalu umum , kenapa kita tidak mohon dan berdoa secara terperinci sebagai contoh misalnya , dari mohon rezeki yang banyak , kenapa kita tidak sebut , Ya Allah , berikanlah aku pendapatan sebanyak RM10K setiap bulan , Ya Allah , permudahkan aku untuk melangsaikan hutang sebanyak RM50K dalam masa dua belas (12) bulan , kenapa kita tidak sebut secara terperinci?

Ini cuma antara sebab kenapa kita tidak dapat apa yang kita mahukan dalam hidup (dalam konteks kewangan) , kita ambil mudah perkara-perkara yang di sebutkan sebelum ini. Cuba ubah cara kita fikir , tanam dalam hati dan tindakan yang diambil supaya selari antara satu sama lain dan lebih terperinci dalam setiap perancangan , tindakan dan juga permohonan kita pada yang Esa.

Artikel berkaitan