Kalau Kail Panjang Sejengkal Jangan Lautan Hendak Diduga

Maksud 1:
Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan. Sebaiknya belajar dan timba dahulu Ilmu dari mereka yang lebih mahir dan berpengalaman dalam satu-satu bidang dan jangan sombong dengan sedikit kelebihan yang kita ada.

Maksud 2:
Jangan lakukan sesuatu kerja yang di luar kemampuan atau kebolehan (kepakaran) kita. Sebaiknya kenali dan selidiki dahulu kapasiti diri sebelum hendak melakukan sesuatu tindakan terutama jika ianya bukan bidang kita.

Maksud 3:
Jangan melakukan sesuatu kerja yang berisiko yang kita tidak mampu tangani atau hadapi. Sebaiknya dapatkan bantuan mentor , pakar atau mereka yang benar-benar mahir di dalam sesuatu bidang untuk membantu kita mengurangkan risiko dalam sesuatu tindakan.

Ramai yang lupa peribahasa di atas terutama apabila terlalu ghairah hendak kaya berjaya. Ramai yang lupa kemampuan dan kapasiti diri dalam mengejar kejayaan dan kekayaan. Akhirnya salahkan perkara di sekelilingnya kecuali diri sendiri apabila gagal dalam usahanya untuk kaya berjaya.

Ada orang boleh berjaya dengan perniagaan kecil-kecilan tetapi gagal apabila cuba menjalankan perniagaan berskala besar. Biarpun banyak faktor penyumbang yang boleh menjadikan percubaan membesarkan perniagaannya gagal tetapi faktor terbesar adalah tidak mengenali kapasiti atau kemampuan diri sendiri untuk mengendalikan perniagaan besar.

Adakah ini bermakna individu seperti ini tidak boleh mempunyai perniagaan besar? Tidak , tetapi dengan mengenali kapasiti dan kemampuan diri membolehkan individu seperti ini lebih bersedia untuk membesarkan perniagaannya. Tidak la nanti hanya menyalahkan orang atau faktor lain kecuali diri sendiri.

 

Di dalam bidang pelaburan juga sama , misalnya kita berjaya melabur dalam skala yang kecil menggunakan modal yang kecil dengan keuntungan kecil secara istiqamah tetapi gagal dan kerugian besar apabila cuba melabur dalam skala dan modal yang besar. Apa yang berbeza?

Modal dan skala kecil tidak memberikan tekanan yang tinggi dan faktor emosi yang kurang berbanding jika kita cuba melabur dengan modal dalam skala yang besar , bukan sahaja tekanan yang tinggi tetapi juga emosi yang tiak menentu terutama jika modal yang di laburkan tidak di “hedging” terlebih dahulu. Kerugian besar boleh membawa kepada kemurungan dan rasa hendak bunuh diri terutama jika melibatkan modal puluhan , ratusan malah jutaan ringgit.

Tetapi malangnya sebagai manusia kita sering menyalahkan faktor luaran seperti infrastruktur , maklumat , orang lain dan sebagainya. Kita tidak mahu melihat kedalam diri akan kekurangan kemampuan dan kapasiti diri sendiri dan cuba memperbaiki diri. Tidak dinafikan faktor lain turut menyumbang tetapi faktor utama tetap datang dari diri kita sendiri.

Kalau sebagai permulaan kita hanya mampu meraih kejayaan dengan modal dan skala kecil , kenapa tidak fokus dan istiqamah dahulu dalam skala tersebut , bina sistem serta anggota pasukan yang padu dan mantap dahulu sebelum melangkah lebih jauh dengan skala yang lebih besar?

Misalnya , kalau kita ikutkan hati dan perasaan , setiap kali berlaku kemalangan jalan raya semua orang akan menuding jari kepada guru yang mengajar pemandu kerana gagal mengajar pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Istilah lesen terbang digunakan.

Begitu juga setiap kali anak kita gagal dalam ujian peperiksaan kita akan menuding jari dan salahkan guru yang mengajar mata pelajaran tersebut sedangkan dari 100 orang murid yang mengikuti kelas atau mata pelajaran itu hanya 10 yang gagal dan anak kita merupakan salah seorang yang gagal.

Kalau kita tahu yang kita tidak mampu mengendalikan kenderaan berkuasa tinggi misalnya berbanding kenderaan berkuasa rendah seperti semasa mengambil ujian memandu dahulu , kenapa tidak kita menggunakan kenderaan berkuasa rendah dahulu sehingga benar-benar mahir? Selepas beberapa tahun barulah beli dan kendalikan kenderaan yang berkuasa tinggi supaya tidak melanggar undang-undang jalan raya dan terlibat dalam kemalangan.

Bagitu juga kalau kita dah tahu anak kita kurang mahir atau tidak pandai dalam mata pelajaran tertentu di sekolah , gunalah khidmat tutor atau pusat tuisyen dan kalau tidak percaya dengan orang lain , apa kata kita sendiri yang mengajar anak kita dalam mata pelajaran tersebut. Jangan hanya tahu menyalahkan orang lain tanpa kita sendiri cuba berusaha memperbaikinya.

Lapan belas (18) tahun yang lalu saya bermula dengan sebuah hartanah , biarpun kini syarikat saya mengurus lebih enam puluh (60) hartanah dengan lebih empat ratus (400) orang penyewa , kemampuan saya masih kecil berbanding ratusan hartanah dan ribuan penyewa yang dimiliki guru saya. Sabar , semua orang mahu berjaya dan kaya raya tetapi rezeki tidak pernah salah alamat. Ingat !!! Orang tamak selalu rugi.

Artikel berkaitan

Ada Pasangan Tapi Macam Tiada

Apa gunanya berumahtangga / kahwin kalau akhirnya sendiri-sendiri juga, yang sama-sama cuma bahagian buat anak jer , yang lain asing-asing. Kalau macam tu lebih baik tak payah nikah. Hari-hari pun kumpul dosa juga.

Paling tak boleh blah adalah pasal duit , kalau perkara lain boleh lagi buat sama-sama terutama buat anak mesti nak together-gether tapi bila cerita pasal duit , semua asing-asing , duit kau duit kau , duit aku , duit aku tapi makan semeja juga , solat berjemaah sama-sama ( itu pun kalau solat la) , kalau boleh nak mandi pun sama-sama tetapi tidak untuk duit , mesti asing-asing.

Baru nak mengira jer pun disuruhnya kira asing-asing , belum lagi kalau nak di suruh campurkan sekali wangnya dengan pasangan maunya bergaduh 7 hari 7 malam. Walhal kalau di buat sama-sama boleh langsai hutang lebih cepat , boleh kumpul harta lebih cepat dan capai matlamat kewangan lebih cepat.

 

Inilah masalahnya bila nak kahwin hanya fikirkan seronok , cinta dan angau sahaja , perkara lain seperti perancangan masa hadapan , wang dan harta langsung tidak dibincangkan. Kalau dah tahu sebelum kahwin pasangan memang susah nak di bawa berbincang tentang perkara sebegini yang kau pergi kawin dengan si dia tu siapa yang paksa? kan menjemput masalah namanya. Anak dah masuk tiga (3) pun masih bergaduh pasal duit.

Apa gunanya ada pasangan tapi macam takda , baik dari awal buat semua sendiri dari terus makan hati , lelaki atau perempuan sama sahaja , ada suami yang nak buat sama-sama tapi isteri ego sebab rasanya gajinya lebih besar dari suami , ada isteri yang nak buat sama-sama tapi suaminya pula ego dan rasa dirinya lebih mengetahui sebab status suami. Tapi sebenarnya orang macam ini ke laut dan menyusahkan bukan sahaja pasangan tetapi keluarganya sendiri.

Nak di bawa berbincang untuk menyelesaikan masalah pun susah , walhal nak selesaikan masalah , bukannya tambah masalah atau kena pikul batu , malah tak pecah peluh pun , peserta yang pernah bersesi dengan saya tahu , takda yang saya sarankan susah sampai pecah kepala pun.

Ambil tindakan biarpun berseorangan , buktikan pada pasangan yang anda boleh lakukan tanpanya , boleh berjaya tanpanya dan paling penting boleh hidup tanpanya kerana orang seperti itu tidak berhak mempunyai anda dalam hidupnya. Sanggup atau tidak sahaja.

Artikel berkaitan

Gagal Berjaya

Anda dah dapat capai sebahagian dari matlamat kewangan tahun 2018 ? Sekarang dah nak masuk setengah bulan March 2018. Apa perkembangan kita dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan? Masa terus berlalu dengan pantas. Manfaatkan masa yang ada untuk masa depan , Jangan biarkan ia berlalu begitu saja.

Malangnya, ramai yang gagal dalam mencapai matlamat mereka. Berikut adalah 5 faktor kegagalan yang sentiasa terjadi terhadap kebanyakan orang.

Contoh matlamat yang tidak jelas adalah:

“Saya nak bebas kewangan”
Ayat di atas terlalu umum. Berapa jumlah wang yang diperlukan untuk bebas kewangan? Perlu buat kira-kira berapa banyak jumlahnya.

Jadi, perlu diubah seperti contoh berikut:
“Saya memiliki wang berjumlah RM300,000 dalam akaun bank pada 31.12.2018.”

Ini baru jelas dan spesifik.

Bila dah tetapkan matlamat, tiada tindakan terhadap matlamat tersebut… bila nak capai? Inilah kegagalan yang sebenar.

Sebaiknya, rancanglah tindakan bagaimana langkah demi langkah untuk menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Lebih baik bergerak perlahan daripada tidak bergerak langsung.

Tetapi lebih baik bergerak pantas daripada bergerak perlahan. Baru cepat sampai ke destinasi.

Mula-mula jer semangat, lepas tu dah lemau, Tangguh dulu katanya nak sambung kemudian. Mujurlah kalau sambung kalau tak, memang hangat-hangat tahi ayam jer kan

Apabila melakukan sesuatu tugasan, perlukan FOKUS yang tinggi, buat sampai siap. Kemudian barulah buat kerja yang lain.

Orang yang berjaya sentiasa meningkatkan diri ke tahap yang lebih tinggi. Contoh, kalau kita ada Diploma, gajinya sekian RM sebulan. Jika ada Degree, gajinya sekian RM. Master pula sekian RM lebih banyak manakala PHD pula sekian RM lebih banyak.

Dengan penambahan ilmu, hasil yang kita dapat akan bertambah juga. Inshaa Allah. Sentiasa menambah ilmu dalam bidang yang kita ceburi. Jangan berhenti belajar.

Ramai yang masih tidak mengambil berat tentang perkara ini. Daripada kajian, sebanyak lebih kurang 70% golongan bekerja yang salah memilih bidang kerjaya kerana mereka tidak tahu potensi dan kekuatan yang mereka ada.

Ramai yang ingin jadi usahawan, tetapi adakah mereka layak dengan potensi yang mereka miliki? Ramai yang tidak tahu, akhirnya mereka gagal dalam perniagaan.

Begitu juga ketika ingin memilih kursus di Universiti / Kolej misalnya, mereka memilih mengikut minat mereka sendiri tanpa mengkaji apa sebenar bakat dan potensi yang mereka ada. Ini yang menyebabkan mereka memilih bidang dan kerjaya yang salah, rugi masa dan wang sahaja. Sebaiknya, semak dahulu kekuatan yang memang ada dalam diri kita.

Artikel berkaitan