Skip to content

10 Perkara Kena Semak Sebelum Tahun 2020 Berakhir

azam-baru
Pejam celik tahun 2020 dah nak melabuhkan tirainya.
 
Sebelum ke tahun 2021 , berikut adalah 10 perkara yang disarankan untuk di semak.
 

1. Apakah perubahan yang telah dibuat?

Apa perubahan yang lebih baik yang kita dah lakukan selepas tahun 2019 , kalau takda perubahan baik bermakna kita dah buang masa setahun hidup atas dunia.
 
 

2. Semak senarai 2020

Semak senarai tahun 2020, lihat apa lagi yang belum kita capai dan semak sama ada sempat lagi tak untuk bertindak mencapainya. Kalau tidak bagaimana boleh mencapainya pada awal tahun 2021 kelak.
 
 

3. Buat senarai baru untuk 2021

Senaraikan perkara yang ingin kita capai pada tahun 2021 sama ada senarai baru atau campuran antara baru & lama dan pelan tindakan untuk mencapainya. Libatkan sekali anak & pasangan kita supaya mereka tahu hala tuju matlamat keluarga untuk tahun 2021.
 

4. Semak dokumen-dokumen penting

Semak dokumen-dokumen penting sama ada sudah di perbaharui seperti wasiat , hibah , perjanjian dan sebagainya terutama jika bekerja sendiri @ siapa nak sambung perniagaan kita kalau kita takda @ tak berupaya.
 
Mesti ada pelan kesinambungan.
 
 

5. Senarai hubungan penting

Pastikan senarai “contact” yang penting sudah di perbaharui ( mentor , agen , peguam dan sebagainya ) dan pastikan waris tahu siapa nak dihubungi kalau berlaku sebarang kecemasan.
 

6. Semak portfolio pelaburan

Semak portfolio pelaburan semasa , ubah dan atur strategi untuk tahun 2021 , pastikan cukup “diversifikasi” untuk mengharungi cabaran tahun 2021
 
 

7. Semak perlindungan takaful

Semak nilai-nilai @ perlindungan takaful yang diperlukan berdasarkan perkembangan yang berlaku pada tahun 2020.
 
 

8. Semak senarai hutang

Semak senarai hutang @ baki hutang yang masih ada , cari jalan macam mana nak kurangkan & buat perancangan tahun 2021 untuk tambah baik aliran tunai dengan mengecilkan hutang semasa.
 
 

9. Semak tahap risiko peribadi

Semak profail risiko , keadaan kita pada tahun 2019 yang sudah semestinya berubah bila masuk tahun 2020.
 
Inikan pula tahun 2021 yang mana akan lebih mencabar dengan pelbagai risiko ekonomi sama ada dari sesi pekerjaan, sumber pendapatan, kesihatan dan sebagainya.
 
Buat pelan tindakan untuk atasi atau mengurangkan risiko-risiko ini.
 
 

10. Semak senarai tindakan

Semak semua tindakan yang perlu di diambil seperti yang dirancang bersama Mentor anda pada tahun 2020.
 
Adakah mencapai matlamat , jika tidak mungkin perlu mengadap semula Mentor anda untuk “adjust” mana yang perlu bagi menghadapi 2021.
 
Sebagai tambahan, cuba cari satu kemahiran @ skill yang boleh dipelajari secepat mungkin untuk membantu diri kita pada tahun 2021 nanti.
 
Skill @ kemahiran yang boleh ditukarkan kepada pendapatan kedua.
 
Saya cadangkan belajar skill atau kemahiran menjual.
 
Itulah serba sedikit perkara yang perlu di semak sebelum masuk ke tahun 2021.
 
Moga ianya membantu kita semua untuk hadapi tahun 2021 dengan lebih bersedia.
 
Apa sahaja situasi korang hari ini , ianya bukan bersifat kekal kecuali jika korang ingin mengekalkannya.
 
Korang mempunyai pilihan untuk menukar keadaan sedia ada menjadi lebih baik, kekal seadanya atau lebih teruk.
 
Ambil tindakan hari ini untuk berubah.
 
Korang belajar sesuatu dari perkongsian ini ?
 
Sila SHARE dan TAG kenalan yang korang rasakan boleh mendapat manfaat dari perkongsian ini.
 
KLIK gambar dibawah yang saya kongsikan jika mahu saya bantu dan “guide” anda untuk mengubah hidup anda kepada lebih baik dari segi kewangan..
 
Insyaállah.
 
Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
stevejobs

3 Pengajaran Hebat Dari Steve Jobs Yang Kita Perlu Ikut Untuk Berjaya Dalam Bidang Kita

Steve Jobs, pengasas Apple. Walaupun sudah tiada di dunia lagi pada hari ini, namun produk yang dimulakan oleh beliau kelihatan...
kurangkan-ansuran-bulanan

Tip Power Kurangkan Ansuran Bulanan Kenderaan

Kenapa pula kita nak kurangkan ansuran bulanan kenderaan? Terdapat banyak sebab dan antaranya ialah kerana : Apabila ingin menambah baik...
ante-hamersmit-U3AKT6ryvic-unsplash

3 Tips Berhadapan Krisis Kewangan

1) Terima Dengan Hati Terbuka   Sedih adalah sesuatu yang berkaitan emosi dan tak dapat nak dielakkan, tetapi yang saya maksudkan...
malaysian-ringgit-1160874-1278x855

3 'Rule of Thumb' Setiap Kali Gaji Masuk

   “Bang, ada diskaun 7.7 bulan ni, meja makan macam murah la” Jika anda seorang suami, bagaimana dialog terbaik untuk...
nak-beli-rumah-atau-kereta-dahulu?

Nak beli kereta atau rumah dahulu?

Kereta atau rumah ? Ini persoalan yang sering diutarakan oleh anak muda hari ini dan baru-baru ni, saya ditemuramah oleh...